Saturday, April 9, 2011

P.R.O.T. E. I.N

HAHAHHAHA!! Awat la tajuk simple sgt neh =.=’. Protein tu sng je, mcm ikan goreng. Ouh! ayam madu pun ye gak. Ouh bla..bla..blaa.. Anyway, to be more scientific la kan, Protein adalah asas kepada semua sel yang hidup. Berasal dari perkataan Greek & dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Badan kita tidak mampu menyimpan protein, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protein, hanya protein sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

 HUH!! Naseb la hari2 aku makan je lauk yg ade so-called protein tuh. Kira cukup la nk gnti2 sel2 yg da tua. xD)

SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan protein Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam. Protein soya Isolat merupakan komponen protein yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protein berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol. (OoOoOo..mcm tuh)

Tips untuk program diet ini, anda memerlukan:


'1 GRAM PROTEIN = SETIAP 1 KILOGRAM BERAT BADAN IDEAL ANDA'

Contohnya: Jika berat badan anda ialah 85 kg, sedangkan berat badan ideal anda seharusnya 70 kg, maka anda perlukan hanya 70 gram protein sahaja setiap hari. Dalam program ini, anda perlu untuk mengambil 4 gelas air bersama 2 skup penuh SDII (yang memberikan 40 gram protein). Selebihnya anda perlu mengambil 30 gram protein lagi dari makanan harian anda.

Lorh! Makin banyak makan, x makin BERTAMBAH BERAT ke??

Sabar..Sabar.. Dengar dlu k. ^.^

Badan anda mempunyai dua sumber tenaga iaitu:
1.Makanan yang anda makan.
2.Lemak yang tersimpan atau terkumpul dalam badan.     

Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula dan kanji) badan anda secara semulajadi akan mula menghancurkan lemak untuk mendapatkan tenaga. Jumlah karbohidrat yang mencetuskan penghancuran lemak disebut sebagai tahap karbohidrat kritikal atau Critical Catbohydrate Level (CCL). Apabila lemak hancur, ketone dikeluarkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Ketone diukur menggunakan kertas jalurujian air kencing atau keto STICKS . Keadaan kimia ini baik untuk menghancurkan lemak dengan begitu pantas serta juga menghalang kelaparan yang keterlaluan.

0 comments:

Post a Comment